tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Friday 23 September 2011

TAHNIAH : Unit Pendidikan Khas, IPTHO

IPTHO : 23 September 2011 (Jumaat) -  Ahkhbar Sinar Harian telah memuatkan berita berkaitan lawatan kerja Unit Pendidikan Khas, Jabatan Ilmu Pendidikan di PDK Dun Semerah, Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program tersebut.




Berita asal dalam akhbar Sinar Harian secara maya boleh dilihat dibaca seperti di bawah atau KLIK DI SINI.

Keratan Akhbar Sinar Harian secara maya.

Jalani latihan amali
SEMERAH – Inisiatif kerajaan memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) terbela dengan membina pusat pendidikan Pemulihan Dalam Kawasan (PDK) amat bersesuaian dan memudahkan aktiviti golongan terbabit.

Pengerusi PDK Dun Semerah, Datin Faridah Khalid berkata, tujuan utama Pusat PDK tersebut dibina adalah untuk menempatkan golongan terbabit supaya terdedah dengan dunia luar.

Katanya, dalam pusat terbabit juga terdapat satu modul khusus untuk golongan OKU ini iaitu pembelajaran dan juga pengajaran seperti membaca, mengira serta mengurus diri sendiri.

“Para pelatih PDK ini juga akan dapat mengenali serta mempunyai rakan dan hidup mereka tidak akan tertekan serta dapat bergaul dengan masyarakat.

“Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO), menghantar bakal guru untuk menjalankan latihan amali di sini adalah bertepatan kerana bakal guru juga akan mendapat sesuatu di sini.

“Mereka akan turut serta mengajar dan juga mendidik pelatih PDK ini di mana sebelum ini mereka hanya belajar teorinya sahaja,” katanya semasa merasmikan Bakti Siswa Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Khas kampus berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO, Hamdan Mahfoz dan Penyelaras Unit Pendidikan Khas IPTHO, Norasikin Ismail.

Pada program berkenaan, setiap bakal guru yang terdiri daripada pelajar semester enam akan membantu tenaga pengajar di Pusat PDK ini selama seminggu.

Sementara itu, Norasikin berkata, pendedahan awal kepada bakal guru ini sememangnya perlu dilakukan kerana ingin mengelakkan rasa kekok dalam kalangan mereka.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu hanya melahirkan guru yang bijak semasa di kelas dan peperiksaan, tetapi tidak dapat menguasai tugas sebenar mereka apabila berhadapan golongan OKU ini.

“Tugas pendidik OKU ini sememangnya berbeza dengan pendidik yang lain kerana mereka perlukan kesabaran yang tinggi selain perlu mempunyai semangat untuk membantu.

“Tidak semua orang mampu melakukannya dan inilah masanya untuk setiap bakal guru ini menunjukkan peranan sebenar sebelum mereka mengajar kelak,” katanya.

Thursday 15 September 2011

LAWATAN KERJA : Kolaborasi bersama PDK di Batu Pahat

Batu Pahat : 15 September 2011 - Seramai 17 orang guru pelatih Opsyen Pendidikan Khas bersama 8 orang pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjayakan sesi Lawatan Kerja ke PDK Dun Semerah dan Dun Penggaram. Sesi lawatan ini sebagai memenuhi sesi pengajian guru pelatih IPTHO dalam bidang Pendidikan Khas.
Guru Pelatih Pendidikan Khas bersama En Mohd Rosman, pensyarah Pendidikan Khas
Tepat jam 8.15 pagi,  17 orang guru pelatih bersama pensyarah pembimbing memulakan perjalanan ke PDK Dun Semerah menaiki bas institut. Ketibaan para guru pelatih dan pensyarah disambut meriah oleh guru-guru, dan ibu bapa di PDK Dun Semerah.
Ketibaan Guru Pelatih
Ucapan aluan daripada Pengerusi PDK Dun Semerah, Datin Faridah Kalid yang menyambut kehadiran warga IPTHO. Beliau juga berlapang dada menerima guru pelatih Opsyen Pendidikan Khas bagi menjalani latihan di PDK tersebut. Pastinya program tersebut dapat memberikan pengalaman langsung kepada guru pelatih opsyen Pendidikan Khas berkaitan kanak-kanak istimewa.
UCAPAN ALUAN : Datin Faridah Kalid, Pengerusi PDK Dun Semerah
Seterusnya, En Hamdan  Mahfoh, Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan juga menyampaikan salam takzim Tn Hj Mahali Marwan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang tidak dapat hadir ke program tersebut kerana ada urusan kerja di IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Ucapan Aluan En Hamdan Mahfoh,
Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

TERIMA KASIH : Cenderamata daripada IPTHO
MESRA : Antara Hjh NoorAshikin, Ketua Unit Pendidikan Khas bersama
Datin Faridah Kalid, Pengerusi PDK Dun Semerah




MESRA : En Hamdan Mahfoh, Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

KEMESRAAN : Riak wajah Pn Hjh Noor Ashikin, Ketua Unit Pendidikan Khas, IPTHO

PRIHATIN : Tn Hj Jamal Nasir berbual dengan Warga PDK Dun Semerah

Kanak-kanak Istimewa

Hubungan Mesra

Pada jam 10.00 pagi, rombongan IPTHO meneruskan perjalanan ke PDK Dun Penggaram. Warga rombongan mendapat taklimat ringkas berkaitan institusi tersebut dan penerangan berkaitan bilik fisioterapi khusus untuk anak-anak istimewa yang aktif.

Penerangan ringkas
Kemesraan Terjalin
Nak cuba jugalah...

Semoga kerjasama ini dapat mengeratkan hubungan dan dapat melaksanakan perkongsian pintar antara kedua-dua pihak di masa-masa akan datang.


PDK Dun Penggaram

Wednesday 14 September 2011

KAJIAN TINDAKAN : Seminar penyebaran hasil kajian tindakan kumpulan Pra-Sekolah

IPTHO : 14 & 15 September 2011 - Seramai 20 prang pelajar PISMP opsyen Pra-Sekolah bagi ambilan Januari 2008 (Sem 8) sedang menganjurkan Seminar Penyebaran Hasil Kajian Kumpulan Pra Sekolah dengan slogan "Mengoptimumkan Pendidikan Awal Demi Generasi Esok". Seminar ini adalah di bawah kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan.

Buku Program
Seminar ini bermula dengan ucapan Tn Hj Mahali Marwan selaku Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dengan beberapa amanat penting sebagai ingatan para pelajar semester akhir dan bakal bergelar guru mulai tahun hadapan.
Ucapan Aluan Tn Hj Mahali Marwan,  Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
Sesi pembentangan hasil kajian oleh para pelajar berlangsung dengan jayanya.

Panel Penilai

Panel Penilai








Wednesday 7 September 2011

LPS : Penilaian Pembentangan Laporan Penyelidikan Tindakan

IPTHO - 07. Sept 2011 (Rabu) :- Warga Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO telah  menghadiri kursus LPS Penilaian Pembentangan Laporan Penyelidikan Tindakan di bawah anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) di Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi.

Latihan Pembangunan Staf (LPS) ini dapat memberi pendedahan baru kepada semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan berkaitan Penilaian Pembentangan Laporan Penyelidikan Tindakan. Asasnya, kursus ini berlangsung kerana pelajar PISMP opsyen Pra-Sekolah bakal membentang hasil kajian tindakan mereka sebagai syarat utama untuk melayakkan mereka menerima Ijazah. Maka, langkah proaktif JIP menjayakan kursus ini sebagai pemangkin dan pencetus kepada pensyarah baru dalam JIP bagi memahami proses penilaian pembentangan Laporan Penyelidikan Tindakan.

Rumusannya, sesi pembentangan pelajar hanyalah 15 minit (pembentangan) + 5 minit (soal-jawab). Manakala  aspek penilaian rumusan markah berasaskan penyampaian, pengolahan pembentangan, isi kandungan, soal-jawab, sahsiah. Semoga pelajar PISMP Pra-Sekolah berjaya melalui sesi pembentangan penilaian Laporan Kajian Tindakan dengan cemerlang.
Dr Kassim sedang memberikan taklimat.


Tn Hj Mahali, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan memberi ucaptama sebelum majlis berlangsung

Pensyarah senior yang senantiasa ceria

Dr Kamisah, salah seorang panel penilai untuk para pelajar.

Para Pensyarah JIP

Keseluruhan  peserta kursus

Penyampaian Hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Tn Hj Kassim


Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More