tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Sunday 26 August 2012

SALAM MERDEKA 2012

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat mengucapkan
 SALAM MERDEKA
buat warga IPTHO dan semua pembaca blog ini.
 - En Hamdan Mahfoh, Ketua Jabatan, JIP



PECAHAN LOGO KETERANGAN
 
Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia. 

Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.


Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.


Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Thursday 9 August 2012

Salam AidilFitri 1433H

Ketua Jabatan dan Warga Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lebaran dan Selamat Bercuti kepada semua warga IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Salam Aidilfitri 1433H

Monday 6 August 2012

IFTAR bersama pelajar 2012

Jabatan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan IFTAR 2012 bersama guru pelatih di Masjid At-Tarbiah, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Hamdan Mahfoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam majlis ini.




Tuesday 31 July 2012

Inovasi Jabatan Ilmu Pendidikan 2012

31.07.2012 : Tiga orang pensyarah akademik telah mewakili Jabatan Ilmu Pendidikan bagi memasuki Pertandingan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran 2012 anjuran Jabatan PIPK, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

En. Azlan bin Lin  (Anugerah EMAS)
Tajuk - Teknik ABL : Mengurus Kerja Kursus dengan PANTAS

Hasilan Inovasi Jabatan Ilmu Pendidikan

PnNoor Haslinda Shuib (Anugerah PERAK)
Dr Kassim Bassir
Tajuk - Strategi "TARB" untuk pencetusan idea dan menjana proses kemahiran berfikir

En Said bin Sulaiman (Anugerah GANGSA)
Tajuk - Kit AROMA TERAPI : Penurunan Masalah Tekanan


En Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada pensyarah akademik yang memasuki pertandingan tersebut dalam memacu Jabatan Ilmu Pendidikan di dalam IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Saturday 21 July 2012

Salam Ramadhan 1433H

Ketua Jabatan dan Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat khusus untuk Warga IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

Selamat Berpuasa

Tuesday 10 July 2012

Kolaboratif bersama MTPDRM Muar (2)

Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn telah menerima jemputan daripada Maktab Teknik Polis DiRaja Malaysia, Muar, Johor.

Warga JIP telah mengadakan sesi kunjungan ke MTPDRM tersebut. Program lawatan ini dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Jamal Nasir Atan. Beberapa aktiviti telah disusunatur oleh pihak MTPDRM sewaktu sesi kunjungan tersebut. Aktiviti yang menjadi kenangan terbaik adalah aktiviti menembak.


En Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH atas kejayaan program tersebut.
Laraskan tangan dengan target...

Dengar betul-betul ya..

Jaga kau....fuhhhh!

Dengar taklimat dengan tekun...

Terima kasih daun keladi ya...

Tn Hj Mahat b Ibrahim, Tim. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
mengetuai rombongan

Boleh kena target ke ni.....fuhhh!

Yesssss....sikit je lagi!

Aku tak kira..
Yang penting TARGET tuuuu...

Thursday 21 June 2012

Taklimat PPG : Semester Jun-Nov 2012


Batu Pahat - 21 Jun 2012 : 

Tn Hj Jamal Mohd Nasir Atan selaku Penyelaras Program Pengsiswazahan Guru (PPG) IPG Kampus Tun Hussein Onn telah melaksanakan sesi taklimat berkenaan pelaksanaan yang bermula pada 23 Jun 2012. Sesi taklimat ini diberikan khusus kepada para pensyarah yang terlibat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran PPG di IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Sesi taklimat yang diberikan oleh Tn Hj Jamal selaku Penyelaras Program PPG
di IPG Kampus Tun Hussein Onn

Para pensyarah yang terlibat dengan P&P Program PPG sedang mendengar taklimat.

Monday 18 June 2012

TAHNIAH : Ketua Jabatan dan Timb. Ketua Jabatan baru 2012

Batu Pahat - 18 Jun 2012 :      
   
Sesi semester Jun-Nov 2012 bermula pada 18 Jun 2012. Sesi baru ini, warga Jabatan mengucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada Ketua Jabatan dan Timb Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru dilantik. Ketua Jabatan baru untuk Jabatan Ilmu Pendidikan ialah En Hamdan bin Mahfoh. Manakala Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan ialah Tn Hj Mahat bin Ibrahim.

Perlantikan ini amat bersesuaian dengan karisma, ketrampilan, komitmen dan pengalaman kedua tokoh ini untuk menerajui Jabatan Ilmu Pendidikan. Kepimpinan kedua-dua tokoh ini akan meneruskan lonjakan kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan di dalam IPG Kampus Tun Hussein Onn.


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan


Timbalan Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan



TN HJ MAHALI : Salam Perpisahan

Batu Pahat - 18 Jun 2012  :               

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada :

Tn Hj Mahali Marwan kerana bakal memulakan tugasnya di tempat baru iaitu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mulai semester Jun-Disember 2012. Permohonan pertukaran beliau telah diluluskan oleh pihak atasan. Warga JIP mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan komitmen beliau sebagai Ketua Jabatan kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO dalam tempoh 5 tahun.

Majlis Perpisahan khusus untuk Tn Hj Mahali Marwan selaku mantan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dilaksanakan pada 18 Jun 2012 . Majlis ini berlangsung di RestoranJati Kini, Batu Pahat.

Hidangan siput sedut sebagai menu utama

 Pensyarah lelaki

 Sesi ucapan dan penyampaian hadiah sebagai kenangan

Sunday 10 June 2012

Kolaboratif bersama MTPDRM Muar (1)

Mei-Jun 2012 - Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat telah melaksanakan Program Kolaboratif bersama Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (MTPDRM), Muar. 

Program ini menitikberatkan proses perkongsian Ilmu Pedagogi untuk jurulatih-jurulatih PDRM yang bakal melatih dan mengajar pelatih-pelatih PDRM dalam bidang yang telah ditentukan. Program ini di bawah kelolaan Tn Hj Mohd Jamal Nasir Atan. Program ini berlagsung selama 12 minggu dan dilaksanakan di MTPDRM, Bakri,  Muar, Johor

En Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua warga JIP yang menyumbang tenaga dan idea dalam melaksanakan program kolaboratif ini.

Gambar dalam kuliah dan sesi perbincangan berkaitan Ilmu Pedagogi dalam kalangan peserta program.

Sesi perbincangan

Sesi Perbincangan

Sesi Perbincangan

Perbincangan Dalam Kumpulan

Sesi Pembentangan

Sesi Pembentangan

Apa la yang diperkatakannya...

Saturday 26 May 2012

Selamat Bercuti

26 Mei 2012 - Sabtu : 
Selamat Bercuti untuk semua Warga IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat khususnya untuk para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan.

Friday 25 May 2012

HARI GURU 2012 : Peringkat IPTHO

25 Mei 2012 - Jumaat  :             

Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru 2012 Peringkat IPG Kampus Tun Hussein Onn mengikut ketetapan berikut:

Tarikh   : 25 Mei 2012 ( Jumaat )
Masa     : 8.30 Pagi
Tempat  : Dewan Seri Budiman








 Persembahan Pelajar Pra Sekolah Tunas Bestari, IPGK THO

Nyanyian -  Persembahan Staf (Pensyarah Gerko)

 

Deklamasi Sajak -  En Azlan & Pn Norzeha

Thursday 3 May 2012

SELAMAT DATANG

Semua warga Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn mengucapkan selamat datang kepada En Mohd Mohtari b Mesron kerana menjadi warga baru dalam Jabatan Ilmu Pendidikan.

Saturday 28 April 2012

BENGKEL REACH APROACH 2012

28 April 2012 - Sabtu :    

Unit Ilmu Pendidikan, JIP telah melaksanakan Bengkel Reach Aproach untuk 35 orang pelajar PISMP.

 Pendaftaran pelajar

 Pelajar dalam dewan

 Pelajar tekun mendengar ceramah

 Tn Hj Mahat Ibrahim, KU Ilmu Pendidikan sedang menyampaikan ceramah

 Persembahan dan pembentangan pelajar

Aktiviti pelajar

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More