tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Thursday 21 June 2012

Taklimat PPG : Semester Jun-Nov 2012


Batu Pahat - 21 Jun 2012 : 

Tn Hj Jamal Mohd Nasir Atan selaku Penyelaras Program Pengsiswazahan Guru (PPG) IPG Kampus Tun Hussein Onn telah melaksanakan sesi taklimat berkenaan pelaksanaan yang bermula pada 23 Jun 2012. Sesi taklimat ini diberikan khusus kepada para pensyarah yang terlibat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran PPG di IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Sesi taklimat yang diberikan oleh Tn Hj Jamal selaku Penyelaras Program PPG
di IPG Kampus Tun Hussein Onn

Para pensyarah yang terlibat dengan P&P Program PPG sedang mendengar taklimat.

Monday 18 June 2012

TAHNIAH : Ketua Jabatan dan Timb. Ketua Jabatan baru 2012

Batu Pahat - 18 Jun 2012 :      
   
Sesi semester Jun-Nov 2012 bermula pada 18 Jun 2012. Sesi baru ini, warga Jabatan mengucapkan TAHNIAH & SYABAS kepada Ketua Jabatan dan Timb Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru dilantik. Ketua Jabatan baru untuk Jabatan Ilmu Pendidikan ialah En Hamdan bin Mahfoh. Manakala Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan ialah Tn Hj Mahat bin Ibrahim.

Perlantikan ini amat bersesuaian dengan karisma, ketrampilan, komitmen dan pengalaman kedua tokoh ini untuk menerajui Jabatan Ilmu Pendidikan. Kepimpinan kedua-dua tokoh ini akan meneruskan lonjakan kecemerlangan Jabatan Ilmu Pendidikan di dalam IPG Kampus Tun Hussein Onn.


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan


Timbalan Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan



TN HJ MAHALI : Salam Perpisahan

Batu Pahat - 18 Jun 2012  :               

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan tahniah kepada :

Tn Hj Mahali Marwan kerana bakal memulakan tugasnya di tempat baru iaitu IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka mulai semester Jun-Disember 2012. Permohonan pertukaran beliau telah diluluskan oleh pihak atasan. Warga JIP mengucapkan jutaan terima kasih atas tunjuk ajar dan komitmen beliau sebagai Ketua Jabatan kepada warga Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO dalam tempoh 5 tahun.

Majlis Perpisahan khusus untuk Tn Hj Mahali Marwan selaku mantan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan dilaksanakan pada 18 Jun 2012 . Majlis ini berlangsung di RestoranJati Kini, Batu Pahat.

Hidangan siput sedut sebagai menu utama

 Pensyarah lelaki

 Sesi ucapan dan penyampaian hadiah sebagai kenangan

Sunday 10 June 2012

Kolaboratif bersama MTPDRM Muar (1)

Mei-Jun 2012 - Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat telah melaksanakan Program Kolaboratif bersama Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (MTPDRM), Muar. 

Program ini menitikberatkan proses perkongsian Ilmu Pedagogi untuk jurulatih-jurulatih PDRM yang bakal melatih dan mengajar pelatih-pelatih PDRM dalam bidang yang telah ditentukan. Program ini di bawah kelolaan Tn Hj Mohd Jamal Nasir Atan. Program ini berlagsung selama 12 minggu dan dilaksanakan di MTPDRM, Bakri,  Muar, Johor

En Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua warga JIP yang menyumbang tenaga dan idea dalam melaksanakan program kolaboratif ini.

Gambar dalam kuliah dan sesi perbincangan berkaitan Ilmu Pedagogi dalam kalangan peserta program.

Sesi perbincangan

Sesi Perbincangan

Sesi Perbincangan

Perbincangan Dalam Kumpulan

Sesi Pembentangan

Sesi Pembentangan

Apa la yang diperkatakannya...

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More