tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Wednesday 31 December 2014

2015 : PENDAFTARAN PRASEKOLAH - IPGK TUN HUSSEIN ONN

Prasekolah Tunas Bestari dibawah kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan perjumpaan dengan ibubapa pelajar sempena Majlis Pendaftaran pelajar prasekolah.

Tarikh : 31.12.2014
Tempat : Tunas Bestari, IPGKTHO

Pelajar PISMP Opsyen Pend Prasekolah menyambut tetamu
Tn Hj Jamal, Ketua Jabatan memberi ucapan aluan
Para ibu bapa bersama pelajar yang mendengar taklimat

Dr Kamisah binti Buang, Ketua Bidang Pendidikan Prasekolah
bersama barisan pepimpin IPGKTHO

Thursday 11 December 2014

2014/2015 : Lantikan Timbalan Ketua Jabatan, JIP

Warga JIP mengucapkan TAHNIAH kepada En Rosli bin Mohammad atas lantikan sebagai Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru.


Sunday 30 November 2014

2014 : Terbitan Kajian warga Penyelidikan Pendidikan Prsekolah

Disember 2014 : JIP berjaya menerbitkan koleksi buku hasil kajian Penyelidikan Tindakan  PISMP semester 8 Opsyen Prasekolah dibawah kelolaan Dr Kamisah binti Buang.




Wednesday 26 November 2014

2015 : Barisan Warga JIP bersama Pengarah IPGKTHO

Wajah Warga Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) 2015

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan 2015

Wednesday 19 November 2014

2014 : Majlis Persaraan Warga JIP

Rabu - 18.11.2014 : Majlis Persaraan Tn Hj Mahat bin Ibrahim, Timbalan Ketua Jabatan, JIP dan Tn Hj Mohammad bin Abu Daud telah disambut di Hotel Selesa, Johor Bahru.













Saturday 8 November 2014

2014 : Lawatan Pengarah ke Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan

Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn melakukan lawatan sossial ke Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan. Lawatan sosial ini diiringi oleh  Tn HJ Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan. Beberapa rundingan pembaikan dan kemaskini kompleks tersebut telah mendapat kelulusan daripada Tuan Pengarah.

Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPGKTHO
ke Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan

Tn Hj Mahat bin Ibrahim, Timb Ketua JIP
sedang berbual dengan Tn Pengarah

Kemesraan yang terjalin antara pimpinan
Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPGKTHO bersama Tn Hj Jamal Mohd Nasir, Ketua Jabatan JIP

Beberapa susunatur papan keyataan masih berlangsung secara berkala

En Mohd Said sempat menyatakan idea berkaitan baikpulih pendawaian elektrik

Monday 25 August 2014

2014 : Gotong-royong di Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan telah berpindah dan menamakan Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan. Jabatan ini mempunyai 6 bidang utama iaitu :

1. Bidang Ilmu Pendidikan
2. Bidang Pendidikan Khas
3. Bidang Pendidikan Pemulihan
4. Bidang Pendidikan Prasekolah
5. Bidang Teknologi Pendidikan

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan melakukan gotong-royong bersama pelajar PISMP bagi merealisasikan Kompleks Jabatan Ilmu Pendidikan ini.

Lawatan Dr Hamzah bin Ihsan, Pengarah IPGKTHO sewaktu
aktiviti gotong-royong.

Warga JIP berbincang bagi menyusun atur kedudukan yang lebih strategik

Ringan sama dijinjing,
Berat sama dipikul

Pelajar menjamu selera setelah penat bergotong-royong

Sunday 20 July 2014

IFTAR 2014 : Bersama pelajar

Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar 2014) bersama pelajar  pada hari Ahad bersamaan 20.07.2014 di Masjid At-Tarbiah, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Majlis Iftar ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, Dr. Hamzah bin Ihsan.

Solat Maghrib juga diimamkan oleh Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan.

Tahniah dan ucapan warga JIP kepada warga IPGKTHO yang hadir. Juga kepada penyelaras majlis Iftar 2014, En Mohd Roslan bin Aroff, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling. Jasa kalian, hanya Allah SWT saja yang membalasnya.


Dr Hamzah Ihsan, Pengarah IPGKTHO turut hadir di Majlis Iftar 2014
anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan
Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, JIP
bersama En Zelkifli.
(serasikan untuk seiring dan sejalan)







Wednesday 9 July 2014

Hari Jabatan Ilmu Pendidikan 2014

Jabatan Ilmu Pendidikan telah berjaya melaksanakan Hari Jabatan Ilmu Pendidikan 2014 pada ketetapan di bawah :

Tarikh : 07.07.2014 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Seri Budiman, IPGKTHO

Program tersebut merangkumkan 3 aktiviti secara serentak iaitu :

1. Pembentangan Kertas Kerja - Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
2. Pertandingan Inovasi dan Kerativiti Bahan PdP - PISMP Opsyen Prasekolah - Sem 6 & 3
3. Persembahan Bahan PdP - PISMP Opsyen Pend Khas - Sem 6
4. Jualan Amal - pakaian terpakai










Friday 16 May 2014

2014 : Selamat Hari Guru


Warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga IPG Kampus Tun Hussein Onn dan seluruh guru di Malaysia.

Selamat Hari Guru 2014

Monday 17 February 2014

MAJLIS AMANAT YAB MENTERI BESAR JOHOR


       Pada 31 Februari lalu , satu program Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Bersama Pegawai-pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor Darul takzim telah diadakan di Dewan Persidangan Sultan Iskandar di Bangunan Pentadbiran Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Nusajaya.  Tn Hj Saiful Lizan dari Jabatan Ilmu Pendidikan diberi amanah mewakili IPTHO dalam sama-sama menjayakan majlis tersebut. Program bermula jam 2.00 petang dimulai dengan ucapan Yang Amat Berhormat Daro' Khaleed bin Nordin, Menteri Besar Johor diikuti pelancaran Majalah Jauhar.  'Jauhar' di dalam Bahasa Arab bermaksud 'permata'.  Majalah ini mengandungi bahan berkaitan sejarah negeri Johor, pembangunan , halatuju dan wawasan Johor cemerlang lagi berintegriti.

Wednesday 12 February 2014

WACANA BULANAN



       Wacana Bulanan Pelajar IPGKTHO telah diadakan pada 9 Februari 2014 bertempat di Dewan Seri Budiman IPTHO.  Tn Hj Saiful Lizan telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah bertajuk " Hipnosis Kendiri (Self Hypnosis):  Satu Teknik Penjanaan Minda Bawah Sedar dalam Membina Potensi Diri Cemerlang".  Para pelajar teruja dengan ceramah yang disampaikan. Pelajar juga didedahkan dengan teknik hipnosis kendiri agar dapat membina potensi diri sesuai dengan kesediaan diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi pendidik yang berdedikasi.

MESYUARAT PEDAGOGI PERIBUMI



       Mesyuarat Program Pedagogi Pribumi Zon Selatan telah diadakan pada 6 Februari 2014 dipengerusikan oleh Pn Pengarah, Pn Hjh Zaleha binti Onn.  Wakil-wakil IPG Zon Selatan terdiri daripada IPTHO, IPTI, IPRM dan IPPMM telah bermesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan di peringkat zon dan peringkat kebangsaan.  Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan seperti projek pribumi bersama Kepimpinan Pelajar, BIG, pameran Peribumi, Penulisan Kajian Ilmiah dan persembahan.  Semoga program yang dirancang ini mencapai objektifnya.

KURSUS APLIKASI SPSS



       Satu kursus aplikasi SPSS (Statistics Programme for Social Science) telah diadakan pada 11 Februari 2014 bertempat di bilik LDP 2.  Program yang dikendalikan oleh Dr.Ramachandran ini telah dapat memenuhi objektifnya.  Para peserta didedahkan aplikasi penggunaan SPSS untuk memproses data menggunakan t-test, ANOVA, Correlation, Chi Square dan sebagainya.  Para peserta berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang bermanffat ini.

TAKLIMAT KERJA KURSUS


       Taklimat kerja kursus telah sempurna dilaksanakan oleh Tn Hj Mahat (Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) pada 23 Januari 2014 yang lalu.  Beberapa perkara diberi penekanan termasuk kriteria pembinaan soalan kerja kursus yang mencakupi pelbagai aras mengikut standard Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus terbitan IPGM. Semoga pembinaan soalan kerja kursus yang mantap menghasilkan output pelajar yang benar-benar memahami kehendak kerja kursus yang diharapkan.

MESYUARAT JABATAN IP KALI-1



       Mesyuarat Jabatan Ilmu pendidikan telah dijalankan pada 9 Januari 2014 yang lalu.  Beberapa perkara berkenaan p&p dan penambah baikan perjalanan jabatan untuk tahun 2014 dibincangkan.  Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru iaitu Tn Hj Jamal Mohd Nasir.  Tahniah diucapkan.  Semoga tahun 2014 ini , Jabatan Ilmu Pendidikan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana tahun sebelumnya.

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More