tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.
tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.
tajuk 3 : indah dan mendamaikan
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)
TAJUK 4 : Denai yang indah
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)
Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |
Friday, 16 May 2014
Monday, 17 February 2014
MAJLIS AMANAT YAB MENTERI BESAR JOHOR
Pada 31 Februari lalu , satu program Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Bersama Pegawai-pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor Darul takzim telah diadakan di Dewan Persidangan Sultan Iskandar di Bangunan Pentadbiran Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Nusajaya. Tn Hj Saiful Lizan dari Jabatan Ilmu Pendidikan diberi amanah mewakili IPTHO dalam sama-sama menjayakan majlis tersebut. Program bermula jam 2.00 petang dimulai dengan ucapan Yang Amat Berhormat Daro' Khaleed bin Nordin, Menteri Besar Johor diikuti pelancaran Majalah Jauhar. 'Jauhar' di dalam Bahasa Arab bermaksud 'permata'. Majalah ini mengandungi bahan berkaitan sejarah negeri Johor, pembangunan , halatuju dan wawasan Johor cemerlang lagi berintegriti.
Wednesday, 12 February 2014
WACANA BULANAN
Wacana Bulanan Pelajar IPGKTHO telah diadakan pada 9 Februari 2014 bertempat di Dewan Seri Budiman IPTHO. Tn Hj Saiful Lizan telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah bertajuk " Hipnosis Kendiri (Self Hypnosis): Satu Teknik Penjanaan Minda Bawah Sedar dalam Membina Potensi Diri Cemerlang". Para pelajar teruja dengan ceramah yang disampaikan. Pelajar juga didedahkan dengan teknik hipnosis kendiri agar dapat membina potensi diri sesuai dengan kesediaan diri menjadi seorang pelajar yang cemerlang seterusnya menjadi pendidik yang berdedikasi.
MESYUARAT PEDAGOGI PERIBUMI
Mesyuarat Program Pedagogi Pribumi Zon Selatan telah diadakan pada 6 Februari 2014 dipengerusikan oleh Pn Pengarah, Pn Hjh Zaleha binti Onn. Wakil-wakil IPG Zon Selatan terdiri daripada IPTHO, IPTI, IPRM dan IPPMM telah bermesyuarat membincangkan aktiviti yang akan dijalankan di peringkat zon dan peringkat kebangsaan. Pelbagai aktiviti menarik akan dilaksanakan seperti projek pribumi bersama Kepimpinan Pelajar, BIG, pameran Peribumi, Penulisan Kajian Ilmiah dan persembahan. Semoga program yang dirancang ini mencapai objektifnya.
KURSUS APLIKASI SPSS
Satu kursus aplikasi SPSS (Statistics Programme for Social Science) telah diadakan pada 11 Februari 2014 bertempat di bilik LDP 2. Program yang dikendalikan oleh Dr.Ramachandran ini telah dapat memenuhi objektifnya. Para peserta didedahkan aplikasi penggunaan SPSS untuk memproses data menggunakan t-test, ANOVA, Correlation, Chi Square dan sebagainya. Para peserta berpuas hati dengan perkongsian ilmu yang bermanffat ini.
TAKLIMAT KERJA KURSUS
Taklimat kerja kursus telah sempurna dilaksanakan oleh Tn Hj Mahat (Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan) pada 23 Januari 2014 yang lalu. Beberapa perkara diberi penekanan termasuk kriteria pembinaan soalan kerja kursus yang mencakupi pelbagai aras mengikut standard Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus terbitan IPGM. Semoga pembinaan soalan kerja kursus yang mantap menghasilkan output pelajar yang benar-benar memahami kehendak kerja kursus yang diharapkan.
MESYUARAT JABATAN IP KALI-1
Mesyuarat Jabatan Ilmu pendidikan telah dijalankan pada 9 Januari 2014 yang lalu. Beberapa perkara berkenaan p&p dan penambah baikan perjalanan jabatan untuk tahun 2014 dibincangkan. Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat pertama dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru iaitu Tn Hj Jamal Mohd Nasir. Tahniah diucapkan. Semoga tahun 2014 ini , Jabatan Ilmu Pendidikan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik sebagaimana tahun sebelumnya.
Monday, 29 July 2013
EgHrmis Online : Sasaran Kerja Tahunan
Diharapkan semua warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil tindakan tentang tarikh akhir menghantar Sasaran Kerja Tahunan masing-masing secara online menerusi EG-HRMIS Online
Thursday, 25 July 2013
Teknik ABL : Kursus untuk pensyarah JIP
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik LDP 1
Penceramah : Tn Hj Azlan bin Lin
Teknik ABL - Mengurus Kerja Kursus Secara Pantas. Satu teknik yang sangat berkesan untuk para palajar IPG, Universiti mahupun kolej-kolej khususnya melibatkan kerja kursus yang perlu disiapkan.
Maka, Teknik ini diperkenalkan kepada para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan untuk dipraktikan dalam menyediakan prosal kajian, laporan kajian lapangan, mahupun kertas kerja program. Teknik ini berkesan untuk penyediaan dokumen yang panjang.
Teknik ABL adalah suatu teknik "Abaikan Budaya Lama".
Friday, 19 July 2013
LPS : Taklimat Pengisian SKT 2013 secara Online (EgHrmis)
Friday, 12 July 2013
ISo Dalaman : Jabatan Ilmu Pendidikan
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Rehat Pensyarah
Pemantau : Tn Hj Hamdan bin Mahfoh (Ketua Jabatan)
Mulai 16 Julai 2013, adalah tarikh pemantauan ISO untuk IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Justeru, Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan bin Mahfoh mengambil inisiatif untuk melaksanakan Pengauditan MS ISO secara dalaman terhadap para pensyarah JIP.
Terima kasih atas sokongan semua ahli Jabatan Ilmu Pendidikan bagi memastikan kecemerlangan di bawah pimpinan Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan bin Mahfoh.
Wednesday, 10 July 2013
salam ramadhan 1434h
SELAMAT BERPUASA
Tuesday, 9 July 2013
JIP : Bengkel PenyediaanKerja Projek Sem 2 - 2013
Masa : 2.30 petang
Tenpat : Bilik Mesyuarat Pusat Sumber A
Penceramah : Tn Hj Mahat Ibrahim
Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan bengkel berkaitan Kerja Projek Smester 2 - 2013. Taklimat ini adalah untuk pendedahan kepada semua pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan berkaitan prosedur dan tarikh menghantar soalan kerja projek bagi setiap mata pelajaran.
Wednesday, 13 March 2013
Selamat datang : warga baru JIP 2013
Monday, 4 March 2013
Sistem e-SPLG : Jabatan Ilmu Pendidikan
Sila kemaskini maklumat peribadi (eProfil) dalam Sistem e-SPLG sebelum 5 Mac 2013.
![]() |
| Contoh Paparan e-SPLG |
e-Profil dapat dilayari melalui : http://apps1.moe.gov.mu/splg/
1. Klik pad ikon : MODUL INDIVIDU ePROFIL
2. Masukkan ID Pengguna = No. Kad Pengenalan
3. Password = 4 digit terakhir No. Kad Pengenalan
4. Lengkapkan butiran berikut :-
- Profil Individu 1
- Profil Individu 2
- Pengalaman Perkhidmatan
- Anugerah / Perkhidmatan
- Sumbangan Penglibatan Profesional
- Sumbangan Penglibatan Bukan Profesional
- Kursus Dihadiri Tahun Semasa
5. Pastikan klik butang HANTAR pada setiap butiran yang dikemaskini.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah diharapkan. Terima Kasih.
Saturday, 5 January 2013
Selamat Datang, Pensyarah Baru

Thursday, 3 January 2013
Taklimat Pengajian Profesional untuk Pelajar PISMP Ambilan 2013
Sehubungan itu, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengambil inisiatif untuk memberi taklimat berkaitan mata pelajaran yang melibatkan Pengajian Profesional di bawah kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan.
![]() |
| Ketua Jabatan, Tn Hj Hamdan Mahfoh memberi taklimat berkaitan Subjek Pengajian Profesional |
![]() |
| Pelajar mendengar taklimat dengan khusyuk |
![]() |
| Pelajar PISMP Ambilan Jan 2013 mendengar taklimat |
![]() |
| Penjelasan dan kupasan oleh Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Tn Hj. Hamdan bin Mahfoh |
Wednesday, 2 January 2013
Selamat Kembali ke kampus
Sunday, 26 August 2012
SALAM MERDEKA 2012
buat warga IPTHO dan semua pembaca blog ini.
Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.
Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.
Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.
Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.
Thursday, 9 August 2012
Salam AidilFitri 1433H
Monday, 6 August 2012
IFTAR bersama pelajar 2012
Tuesday, 31 July 2012
Inovasi Jabatan Ilmu Pendidikan 2012
Tajuk - Teknik ABL : Mengurus Kerja Kursus dengan PANTAS
![]() |
| Hasilan Inovasi Jabatan Ilmu Pendidikan |
Saturday, 21 July 2012
Salam Ramadhan 1433H
Tuesday, 10 July 2012
Kolaboratif bersama MTPDRM Muar (2)
Warga JIP telah mengadakan sesi kunjungan ke MTPDRM tersebut. Program lawatan ini dikendalikan oleh Tn Hj Mohd Jamal Nasir Atan. Beberapa aktiviti telah disusunatur oleh pihak MTPDRM sewaktu sesi kunjungan tersebut. Aktiviti yang menjadi kenangan terbaik adalah aktiviti menembak.
En Hamdan bin Mahfoh, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH atas kejayaan program tersebut.
![]() |
| Laraskan tangan dengan target... |
![]() |
| Dengar betul-betul ya.. |
![]() |
| Jaga kau....fuhhhh! |
![]() |
| Dengar taklimat dengan tekun... |
![]() |
| Terima kasih daun keladi ya... |
![]() |
| Tn Hj Mahat b Ibrahim, Tim. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengetuai rombongan |
![]() |
| Boleh kena target ke ni.....fuhhh! |
![]() |
| Yesssss....sikit je lagi! |
![]() |
| Aku tak kira.. Yang penting TARGET tuuuu... |























































