Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan sebuah jabatan yang melaksanakan  kursus-kursus pembangunan profesionalisme yang merentasikan pelbagai  jabatan dan disiplin ilmu. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan  ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan ilmu pengetahuan,  kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan. Jabatan ini sentiasa  komited dalam membangunkan modal insan di IPG Kampus Tun Hussein Onn dan  di sekolah-sekolah dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP).
  Jabatan Ilmu Pendidikan berhasrat menjadi pemimpin pedagogi yang  ulung berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah  Pendidikan Guru. Justeru, fokus utama Jabatan Ilmu Pendidikan pada tahun  ini ialah kepada pembangunan sumber manusia (pendidik) yang mempunyai  tahap profesionalisme keguruan yang tinggi, kemahiran pedagogi yang  unggul serta memiliki pengetahuan kandungan yang mantap. Semua kursus  dan aktiviti yang dirancang adalah menjurus kepada ketrampilan  profesionalisme keguruan. 
 •  Memberikan kursus profesionalisme keguruan kepada para pensyarah dan pelajar-pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn. 
 •  Memberi latihan dan kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah. 
 •  Memberi khidmat bimbingan kepada semua pendidik yang yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. 



