tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Friday 21 October 2011

PENDEDAHAN : KSSR Bagi Murid Tahun 2 (Pendidikan Khas)

IPTHO : 21 Okt 2011 (Jumaat) - Kursus Pendedahan KSSR dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid Tahun 2 adalah anjuran JK Kurikulum IPG Kampus Tun Hussein Onn khusus kepada pensyarah dan pelajar tahun akhir mengikut bidang pengajian utama. Asasnya, terdapat enam bidang utama iaitu Pendidikan Islam, Bahasa Cina, Matematik, Sains, Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Jasmani.


Justeru, Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat untuk mengelolakan kursus KSSR ini berkaitan Masalah Pembelajaran di Bilik LDP 1. Maka, Unit Pendidikan Khas mengepalai dan mengelola untuk semua Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan dan Guru Pelatih Opsyen Pendidikan Khas Semester 6.

 
Contoh Slide PPT Penceramah

 
Dr Abdul Aziz bin Jantan, Pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras.
 
 
 Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun HUssein Onn.

Guru Pelatih Opsyen Pendidikan Khas

Tuesday 18 October 2011

TAHNIAH : Majlis Anugerah Kualiti 2011

IPTHO : 18 Okt 2011 -  Majlis Anugerah Kualiti 2011 berlangsung di Dewan Sri Budiman dengan jayanya. Wakil rasmi Y. Bhg Datuk Haili bin Dolhan, Reaktor IPGM, KPM telah merasmikan majlis tersebut. 

Justeru, warga Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada penerima-penerima anugerah khususnya wakil daripada JIP sendiri iaitu Tn Hj Mahali bin Marwan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, En Mohamad Roslan bin Aroff, Ketua Unit Bimb & Kaunseling dan Pn Hjh Fadhilah binti Aspar, Pensyarah Akademik atas anugerah mengikut kategori masing-masing.
Tahniah...daripada Warga JIP, IPTHO...

Wednesday 12 October 2011

PROGRAM KOLABORASI : Perasmian & Penutupan

IPTHO, 12 Oktober 2011 - Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan program perasmian dan penutupan Program Kemahiran Asas Berdikari : Kemahiran Asas Berkebun (Fertigasi). Program ini di bawah kelolaan Unit Pendidikan Khas yang diketuai oleh Pn Hjh Norasikin Ismail, Ketua Unit Pendidikan Khas.

Program Kolaborasi ini adalah antara Unit Pendidikan Khas, IPTHO dengan Kolej Komuniti Ledang yang telah berlangsung beberapa bulan lalu. Projek ini berteraskan penanaman cili padi berkonsepkan FERTIGASI. Projek telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih Pendidikan Khas di kawasan pra sekolah, IPTHO.


Hari ini, program perasmian dan penutupan telah berlangsung dengan jayanya oleh Pn Hjh Zaleha bt Onn, Pengarah IPTHO dan wakil Pengarah Kolej Komuniti Ledang.
 

 
Tn Hj Mahali b Marwan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Pendidikan Khas yang memberikan komitmen sama ada secara langsung atau tidak langsung.



Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More