Wednesday 12 October 2011

PROGRAM KOLABORASI : Perasmian & Penutupan

IPTHO, 12 Oktober 2011 - Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan program perasmian dan penutupan Program Kemahiran Asas Berdikari : Kemahiran Asas Berkebun (Fertigasi). Program ini di bawah kelolaan Unit Pendidikan Khas yang diketuai oleh Pn Hjh Norasikin Ismail, Ketua Unit Pendidikan Khas.

Program Kolaborasi ini adalah antara Unit Pendidikan Khas, IPTHO dengan Kolej Komuniti Ledang yang telah berlangsung beberapa bulan lalu. Projek ini berteraskan penanaman cili padi berkonsepkan FERTIGASI. Projek telah dilaksanakan oleh guru-guru pelatih Pendidikan Khas di kawasan pra sekolah, IPTHO.


Hari ini, program perasmian dan penutupan telah berlangsung dengan jayanya oleh Pn Hjh Zaleha bt Onn, Pengarah IPTHO dan wakil Pengarah Kolej Komuniti Ledang.
 

 
Tn Hj Mahali b Marwan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga Jabatan Pendidikan Khas yang memberikan komitmen sama ada secara langsung atau tidak langsung.



Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More