Friday, 23 September 2011

TAHNIAH : Unit Pendidikan Khas, IPTHO

IPTHO : 23 September 2011 (Jumaat) -  Ahkhbar Sinar Harian telah memuatkan berita berkaitan lawatan kerja Unit Pendidikan Khas, Jabatan Ilmu Pendidikan di PDK Dun Semerah, Batu Pahat. Tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program tersebut.




Berita asal dalam akhbar Sinar Harian secara maya boleh dilihat dibaca seperti di bawah atau KLIK DI SINI.

Keratan Akhbar Sinar Harian secara maya.

Jalani latihan amali
SEMERAH – Inisiatif kerajaan memastikan golongan orang kurang upaya (OKU) terbela dengan membina pusat pendidikan Pemulihan Dalam Kawasan (PDK) amat bersesuaian dan memudahkan aktiviti golongan terbabit.

Pengerusi PDK Dun Semerah, Datin Faridah Khalid berkata, tujuan utama Pusat PDK tersebut dibina adalah untuk menempatkan golongan terbabit supaya terdedah dengan dunia luar.

Katanya, dalam pusat terbabit juga terdapat satu modul khusus untuk golongan OKU ini iaitu pembelajaran dan juga pengajaran seperti membaca, mengira serta mengurus diri sendiri.

“Para pelatih PDK ini juga akan dapat mengenali serta mempunyai rakan dan hidup mereka tidak akan tertekan serta dapat bergaul dengan masyarakat.

“Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPTHO), menghantar bakal guru untuk menjalankan latihan amali di sini adalah bertepatan kerana bakal guru juga akan mendapat sesuatu di sini.

“Mereka akan turut serta mengajar dan juga mendidik pelatih PDK ini di mana sebelum ini mereka hanya belajar teorinya sahaja,” katanya semasa merasmikan Bakti Siswa Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Khas kampus berkenaan.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPTHO, Hamdan Mahfoz dan Penyelaras Unit Pendidikan Khas IPTHO, Norasikin Ismail.

Pada program berkenaan, setiap bakal guru yang terdiri daripada pelajar semester enam akan membantu tenaga pengajar di Pusat PDK ini selama seminggu.

Sementara itu, Norasikin berkata, pendedahan awal kepada bakal guru ini sememangnya perlu dilakukan kerana ingin mengelakkan rasa kekok dalam kalangan mereka.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu hanya melahirkan guru yang bijak semasa di kelas dan peperiksaan, tetapi tidak dapat menguasai tugas sebenar mereka apabila berhadapan golongan OKU ini.

“Tugas pendidik OKU ini sememangnya berbeza dengan pendidik yang lain kerana mereka perlukan kesabaran yang tinggi selain perlu mempunyai semangat untuk membantu.

“Tidak semua orang mampu melakukannya dan inilah masanya untuk setiap bakal guru ini menunjukkan peranan sebenar sebelum mereka mengajar kelak,” katanya.

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More