tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.
tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama
Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.
tajuk 3 : indah dan mendamaikan
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)
TAJUK 4 : Denai yang indah
Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)
Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam
Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |
Saturday, 2 July 2011
LARIAN SERENTAK : 1Murid 1Sukan 1Malaysia
Friday, 20 May 2011
JIP : Majlis Yassin dan Tahlil
![]() |
| Solat Magrib |
![]() |
| Bacaan Yassin dan Tahlil bersama-sama |
![]() |
| Tahlil dan Yassin dalam kalangan pensyarah dan pelajar lelaki |
![]() |
| Ucapan terima kasih Tn Hj Mahali, Ketu Jabatan JIP kepada tetamu yang hadir |
![]() |
| Tetamu menjamu selera makan berdulang |
Monday, 16 May 2011
TEMA : Hari Guru
![]() |
| Banner Laman Web sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak. |
Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Sinonim sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.
Perlaksanaan KSSR, SPPK dan MBMMBI perlulah mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar transformasi pendidikan yang diingin dapat dicapai. Begitu juga dengan penggunaan IT (teknologi maklumat) dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi), para pendidik perlulah menguasainya agar matlamat untuk mentransformasikan pendidikan negara tercapai.
Dalam hal ini, jati diri para pendidik haruslah tinggi agar dapat mengikut rentak yang dirancang oleh kerajaan dalam bidang pendidikan. Akhir kalam, dalam hal ini (transformasi pendidikan), saya percaya para guru sememangnya sudah bersedia.
![]() |
| IPG Induk membuka 'booth' sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 |
![]() |
| Majlis Perasmian sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011 |
Hidup Cikgu................
*****************************************
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Wednesday, 6 April 2011
Piagam Pelanggan
dalam melaksanakan dasar pembangunan pendidikan IPTHO
seperti berikut:
Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selaras dengan perancangan.
Tuesday, 5 April 2011
Visi dan Misi
Saturday, 2 April 2011
Latarbelakang Jabatan Ilmu Pendidikan
Friday, 1 April 2011
Ucapan Aluan Ketua Jabatan
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Azlan bin Lin serta jawatankuasanya yang terlibat dalam membangunkan WebLog Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Dengan adanya Weblog ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan jabatan ini kepada semua pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara para pelajar, pensyarah, staf sokongan, bekas pelajar, masyarakat umum, IPG Kampus Induk dan Kementerian Pelajaran.
Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPTHO seperti aktiviti jabatan khususnya unit Ilmu Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Khas dan Pemulihan dan Prasekolah. Kepada semua pengunjung saya mengucapkan .
Jadikanlah Weblog ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu daripada seluruh warga Jabatan Ilmu Pendidikan, PASTINYA program yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya.Akhir kalam, saya mengharapkan Weblog Jabatan Ilmu Pendidikan menjadi satu entiti kecil dalam IPTHO bagi mempromosikan IPTHO di persada alam maya.
Jabatan Ilmu Pendidikan berpegang teguh pada prinsip laksanakan kata-kata menerusi tindakan yang positif maka, wajarlah . Jabatan Ilmu Pendidikan akan terus berusaha menjadi sebuah jabatan di IPTHO yang unggul menjelang 2020.
TN HJ JAMAL MOHD NASIR BIN ATAN
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor
















