tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Tuesday, 26 May 2015

SELAMAT BERCUTI

Tn Hj Jamal Mohamad Nasir bin Atan, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada warga JIP. Semoga tugas dapat diselesaikan sebaik mungkin khususnya berkaitan penandaan skrip jawapan peperiksaan, BKKP dan tugasan mengajar KDC. Selamat Bercuti untuk semua.


Moderasi - MQA PPG

Pn Saedah Sukiran, Setiausaha Peperiksaan memberi taklimat berkaitan MQA PPG kepada para pensyarah yang terlibat.




Moderasi sudah melanda

Kesibukan mula melanda warga JIP. Ini berlaku apabila pelajar telah selesai menduduki peperiksaan akhir semester Jan-Mei 2015. Seterusnya, para pensyarah mula melaksanakan moderasi untuk menanda kertas peperiksaan. Selamat menanda dan menyiapkan markah peperiksaan pelajar...






Friday, 3 April 2015

BENGKEL 'MENEROBOS' PERSONALITI CEMERLANG

02.04.2015 - Khamis : Jabatan Ilmu Pendidikan menganjurkan bengkel menerobos diri cemerlang kepada para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan dan Bersekutu. Penceramah bengkel ini ialah En Rosli bin Mohammad (Timb Ketua Jabatan) telah berkongsi ilmu dan pengelaman beliau.

Pelbagai ilmu baru dapat dikongsikan khususnya dalam mengenal personaliti individu menerusi instrumen soal selidik dalam menjangkakan personaliti seseorang. Malahan, di akhir bengkel, ahli Jabatan Ilmu Pendidikan dapat merangkumkan kekuatan dan kelemahan ahli dalam mencapai wawasan jabatan ke mercu kejayaan.


Surat panggilan bengkel menerobos 

En Rosli bin Mohamad, Timb Ketua Jabatan JIP sebagai penceramah






Sunday, 29 March 2015

2015 : Tanda Penghargaan kepada Peserta Kursus MTPDRM

Ahad : 29.03.2015 - Setelah kuliah selesai, majlis penghargaan untuk peserta kursus. Majlis berlangsung dengan ucaptama daripada Tn Hj Hassan bin Pardi, Timbalan Pengarah, IPGK Tun Hussien Onn.


Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan memberi ucapan aluan

Tn Hj Hassan bin Pardi, Timb. Pengarah
IPGK Tun Hussien Onn menyampaikan cenderamata

Sebahagian warga JIP bergambar bersama peserta kursus



2015 : Kehadiran Warga MTPDRM ke IPGK Tun Hussein Onn

Ahad - 29.03.2015 : Rombongan peserta Kursus Teknik Mengajar Siri 38 Bil 1/2015 dari Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia, Bakri Muar telah hadir ke IPG Kampus Tun Hussein Onn. Kehadiran mereka disambut oleh warga Jabatan Ilmu Pendidikan. Kehadiran mereka untuk merasai kuliah di dalam institut pendidikan. Kuliah ini di bawah pimpinan Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan.

Kehadiran peserta kursus

Tn Hj Jamal, Ketua Jabatan menyambut kehadiran peserta 

Kuliah berlangsung - kendalian Tn Hj Jamal

Peserta sedang menerima ilmu pedagogi



Tuesday, 24 March 2015

2015 : Kursus Pembangunan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di IAB

20 Mac 2015 - Beberapa orang pensyarah daripada Jabatan Ilmu Pendidikan terlibat dengan Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di IAB, Genting Highland.


Senarai peserta IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat
En Mohammad Roslan bin Aroff, Ketua Bidang Bimbingan & Kaunseling, JIP
(Berbaju batik berwarna biru)
* sedang berbincang dengan rakan kumpulannya



Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan
(berbaju batik berwana oren)


Monday, 2 March 2015

2015 : Kursus Teknik Mengajar - MTPDRM & IPGKTHO

Mac 2015 - Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGKTHO sering memberi kerjasama dengan Maktab Teknik Polis Di Raja Malaysia (MTPDRM) bagi melaksanakan Kursus Teknik Mengajar untuk peserta dalam kalangan pegawai polis. Bil. 38, Siri 1/2015.

Kini, kursus tersebut berlangsung mulai 01.03.2015 hingga 02.04.2015. Pegawai penyelaras wakil JIP ialah En Rosli bin Mohammad, Timb Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan. Para pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan yang terlibat akan mengendalikan kuliah mengikut tajuk-tajuk pedagogi yang telah diamanahkan.

Peserta kursus sedang berbincang di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Peserta kursus sedang berbincang di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Peserta kursus sedang membentang hasil perbincangan.
Kuliah tersebut di bawah kelolaan Pn Rozita binti Rahmat

Tn Hj Omar bin Zakaria bersama peserta kursus

Tn Hj Azlan bin Lin bersama peserta kursus
En Rosli bin Mohamad bersama peserta kursus

Monday, 12 January 2015

2015 : Terbitan Penyelidikan Pensyarah JIP

Januari 2015 : Sebuah koleksi penyelidikan pensyarah JIP berjaya diterbitkan. Keleksi ini dinamakan sebagai Wacana Pendidik Guru dengan tema Menjana Pedagogi Cemerlang.

Usaha terbitan ini adalah kelolaan Dr Kamisah binti Buang.


Wednesday, 31 December 2014

2015 : PENDAFTARAN PRASEKOLAH - IPGK TUN HUSSEIN ONN

Prasekolah Tunas Bestari dibawah kelolaan Jabatan Ilmu Pendidikan telah melaksanakan perjumpaan dengan ibubapa pelajar sempena Majlis Pendaftaran pelajar prasekolah.

Tarikh : 31.12.2014
Tempat : Tunas Bestari, IPGKTHO

Pelajar PISMP Opsyen Pend Prasekolah menyambut tetamu
Tn Hj Jamal, Ketua Jabatan memberi ucapan aluan
Para ibu bapa bersama pelajar yang mendengar taklimat

Dr Kamisah binti Buang, Ketua Bidang Pendidikan Prasekolah
bersama barisan pepimpin IPGKTHO

Thursday, 11 December 2014

2014/2015 : Lantikan Timbalan Ketua Jabatan, JIP

Warga JIP mengucapkan TAHNIAH kepada En Rosli bin Mohammad atas lantikan sebagai Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan yang baru.


Sunday, 30 November 2014

2014 : Terbitan Kajian warga Penyelidikan Pendidikan Prsekolah

Disember 2014 : JIP berjaya menerbitkan koleksi buku hasil kajian Penyelidikan Tindakan  PISMP semester 8 Opsyen Prasekolah dibawah kelolaan Dr Kamisah binti Buang.




Wednesday, 26 November 2014

2015 : Barisan Warga JIP bersama Pengarah IPGKTHO

Wajah Warga Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) 2015

Warga Jabatan Ilmu Pendidikan 2015

Wednesday, 19 November 2014

2014 : Majlis Persaraan Warga JIP

Rabu - 18.11.2014 : Majlis Persaraan Tn Hj Mahat bin Ibrahim, Timbalan Ketua Jabatan, JIP dan Tn Hj Mohammad bin Abu Daud telah disambut di Hotel Selesa, Johor Bahru.













Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More