tajuk 1 : Kedinginan air tasik yang mendamaikan

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring diatas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yg sangat indah ~ Surah ArRahman-Ayat76.

tajuk 2 : Setiap insan akan menuju jalan yang sama

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? ~ Surah AlWaqi'ah-Ayat63.

tajuk 3 : indah dan mendamaikan

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat, (Luqman 31:8)

TAJUK 4 : Denai yang indah

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari, atau ketika mereka berehat pada tengah hari. (Al-A'raaf 7:4)

Tajuk 5 : Sinar mentari yang menyinari alam

Dan bumi ini Kami bentangkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (Al-Hijr 15:19) |

Wednesday, 6 April 2011

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan perkhidmatan secara profesional 
dalam melaksanakan dasar pembangunan pendidikan IPTHO 
seperti berikut:


Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan selaras dengan perancangan.

Memberikan input yang terkini dan berguna untuk melahirkan guru-guru yang berpengetahuan dalam bidang masing-masing.

Menyediakan guru-guru yang patuh kepada etika profesionalisme keguruan.

Tuesday, 5 April 2011

Visi dan Misi


 VISI

Visi Jabatan Ilmu Pendidikan adalah untuk Menjadi Jabatan terunggul pada tahun 2020 di Institut Perguruan Tun Hussein Onn.

MISI

Jabatan Ilmu Pendidikan beriltizam untuk melatih dan melahirkan guru yang kompetetif menguasai ilmu Pedagogi, Psikologi, Pendidikan di Malaysia dan Bimbingan dan Kaunseling. Jabatan ini juga beriltizam untuk melahirkan 
guru Prasekolah dan Pendidikan Pemulihan yang berilmu, 
berketrampilan berfikiran reflektif, berakhlak mulia dan 
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi 
memenuhi aspirasi 
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Saturday, 2 April 2011

Latarbelakang Jabatan Ilmu Pendidikan

Jabatan Ilmu Pendidikan merupakan sebuah jabatan yang melaksanakan kursus-kursus pembangunan profesionalisme yang merentasikan pelbagai jabatan dan disiplin ilmu. Kursus-kursus yang dikendalikan oleh jabatan ini bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai profesionalisme keguruan. Jabatan ini sentiasa komited dalam membangunkan modal insan di IPG Kampus Tun Hussein Onn dan di sekolah-sekolah dalam merealisasikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).


Jabatan Ilmu Pendidikan berhasrat menjadi pemimpin pedagogi yang ulung berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Justeru, fokus utama Jabatan Ilmu Pendidikan pada tahun ini ialah kepada pembangunan sumber manusia (pendidik) yang mempunyai tahap profesionalisme keguruan yang tinggi, kemahiran pedagogi yang unggul serta memiliki pengetahuan kandungan yang mantap. Semua kursus dan aktiviti yang dirancang adalah menjurus kepada ketrampilan profesionalisme keguruan.


•  Memberikan kursus profesionalisme keguruan kepada para pensyarah dan pelajar-pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn.


•  Memberi latihan dan kursus dalam perkhidmatan kepada guru-guru di sekolah.


•  Memberi khidmat bimbingan kepada semua pendidik yang yang terlibat dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. 

Friday, 1 April 2011

Ucapan Aluan Ketua Jabatan



Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Azlan bin Lin
serta jawatankuasanya yang terlibat dalam membangunkan WebLog Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Dengan adanya Weblog ini diharapkan dapat memberi sedikit informasi berkaitan jabatan ini kepada semua pengunjung di samping dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi antara para pelajar, pensyarah, staf sokongan, bekas pelajar, masyarakat umum, IPG Kampus Induk dan Kementerian Pelajaran.


Pengunjung juga dapat maklumat terkini berkaitan perkembangan Jabatan Ilmu Pendidikan, IPTHO seperti aktiviti jabatan khususnya unit Ilmu Pendidikan, Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Khas dan Pemulihan dan Prasekolah.  Kepada semua pengunjung saya mengucapkan SELAMAT DATANG.

Jadikanlah Weblog ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung. Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu daripada seluruh warga Jabatan Ilmu Pendidikan, PASTINYA  program yang dirancang akan terlaksana dengan jayanya.Akhir kalam, saya mengharapkan Weblog Jabatan Ilmu Pendidikan menjadi satu entiti  kecil dalam IPTHO bagi mempromosikan IPTHO di persada alam maya.

Jabatan Ilmu Pendidikan berpegang teguh pada prinsip laksanakan kata-kata menerusi tindakan yang positif maka, wajarlah  LUARBIASAkan yang BIASA. Jabatan Ilmu Pendidikan akan terus berusaha menjadi sebuah jabatan di IPTHO yang unggul menjelang 2020.


Sekian, terima kasih.


TN HJ JAMAL MOHD NASIR BIN ATAN
Ketua Jabatan, 
Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
Batu Pahat, Johor

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More