Friday 20 May 2011

JIP : Majlis Yassin dan Tahlil

Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) telah menganjurkan majlis bacaan Yassin dan Tahlil pada 19 Mei 2011 (Khamis)  bertempat di Masjid At-Tarbiah, IPG Kampus Tun Hussien Onn. Tetamu hadir mulai jam 7.00 petang.

Tujuan majlis tersebut ialah untuk memperingati Allahyarham Mohamad Zakaria b Kaliman, salah seorang pensyarah JIP yang telah kembali kerahmatullah bulan April lalu. Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama dengan orang-orang beriman.

Malahan, majlis tersebut juga dikhususkan untuk beberapa orang pensyarah daripada  JIP akan mengerjakan umrah ke Tanah Suci Mekah. Semoga mereka selamat pergi dan dapat mengerjakan umrah sebaik mungkin. Insyallah. Juga semoga mereka selamat kembali.

Ramai pelajar lelaki dan perempuan yang tinggal asrama hadir untuk majlis tersebut. Pn Hjh Zaleha bt Onn, Pengarah IPTHO berserta suaminya juga turut hadir dalam majlis tersebut. Tetamu dihidangkan sedikit jamuan makan berdulang.

Solat Magrib

Bacaan Yassin dan Tahlil bersama-sama
Tahlil dan Yassin dalam kalangan pensyarah dan pelajar lelaki

Ucapan terima kasih Tn Hj Mahali, Ketu Jabatan JIP kepada tetamu yang hadir

Tetamu menjamu selera makan berdulang

Followers

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More