Pada 31 Februari lalu , satu program Majlis Amanat YAB Menteri Besar Johor Bersama Pegawai-pegawai dan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Johor Darul takzim telah diadakan di Dewan Persidangan Sultan Iskandar di Bangunan Pentadbiran Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, Nusajaya. Tn Hj Saiful Lizan dari Jabatan Ilmu Pendidikan diberi amanah mewakili IPTHO dalam sama-sama menjayakan majlis tersebut. Program bermula jam 2.00 petang dimulai dengan ucapan Yang Amat Berhormat Daro' Khaleed bin Nordin, Menteri Besar Johor diikuti pelancaran Majalah Jauhar. 'Jauhar' di dalam Bahasa Arab bermaksud 'permata'. Majalah ini mengandungi bahan berkaitan sejarah negeri Johor, pembangunan , halatuju dan wawasan Johor cemerlang lagi berintegriti.