Jabatan Ilmu Pendidikan melaksanakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar 2014) bersama pelajar pada hari Ahad bersamaan 20.07.2014 di Masjid At-Tarbiah, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Majlis Iftar ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, Dr. Hamzah bin Ihsan.
Solat Maghrib juga diimamkan oleh Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan.
Tahniah dan ucapan warga JIP kepada warga IPGKTHO yang hadir. Juga kepada penyelaras majlis Iftar 2014, En Mohd Roslan bin Aroff, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling. Jasa kalian, hanya Allah SWT saja yang membalasnya.
Dr Hamzah Ihsan, Pengarah IPGKTHO turut hadir di Majlis Iftar 2014 anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan |
Tn Hj Jamal Mohd Nasir bin Atan, Ketua Jabatan, JIP bersama En Zelkifli. (serasikan untuk seiring dan sejalan) |